Saturday, 30 September 2017

HAA BACA JANGAN TAK BACA

Assalamualaikum, hai ok first saya nak cerita tempat idaman saya, dan saya nak sangat pergi sana dngn keluarga saya. ok saya ada 5 tempat yang saya teringin sangat nak pergi. tapi kena kumpul duit dari sekarang laa. ok tempat yg kelima yang nk sangat saya pergi iaitu dekat KRABI, THAILAND entahlaa kenapa saya nk gi sana. hahaha .Mungkin bagi saya tempat tu cantik giler ahhh. dan mungkin saya nak jumpa pelakon thailand yang hensem kee haha. saya nak jumpa mario maurer. manelaa tahu terserempak dngn dia wktu saya jalan2 itu rezeki namanya. Nak tahu sape tu mario maurer search laa kat internet.
actually, saya taksuka pun berenang ke ape ke sebab saya selalu terfikir ade anaconda la ade buaya laa, dulu saya pernah naik boat dekat Pulau Perhentian ibu saya keluarkan tangan untuk main air laut tu maknanya celupkan tangan dkt laut laa wkt naik bot tu smpai saya marah ibu saya ckp jgn celupkan tangan dekat air tu sebab nnti ade jerung ke buaya ke anaconda ke gigit ibu saya sampai menangis saya dibuatnya sebab tak bagi ibu saya celupkan tangan dia. Ini puncanya, pengaruh movie laaa, saya dengan ayah memang hantu movie yang lawan2 tkpun movie anoconda ke jerung ke gorilla ke movie yg extrem laa movie yg lawan2, kalau tengok wayang memang tkkan tengok cerita cinta clisher je semua tuu membazir duit je beli haha. kalau movie lawan je saya dengan ayah saya sanggup tengok wayang walaupun dah pukul 12 malam haha. ehhh dah melencong cerita pasal movie pulak. Sebenarnya, saya nak cakap saya ni imaginasi kuat sampaiboleh bayangkan dalam laut yang cantik jernih tu ada anaconda hahah. Tapi saya suka gi pantai sebab saya suka duduk termenung tengok laut yang tenang dalam masa yang sama saya ni jenis taksuka pergi tempat yang ramai sangat orang serabut sngt. Saya suka gi pantai dapat rasa angin yang kuat. Hahah
Cantikkan ciptaan tuhan, takde siapa dapat tanding kehebatan DIA. Itulah tempat kelima yang saya nak sangat pergi dengan keluarga saya supaya dapat cipta memory yang sangat indah bila bersama diaorang. :)

No comments:

Post a Comment

Hai kali ni saya nak cerita tempat yang paling paling saya nak pergi, eh bukan tempat laa dia mcm tempat yang nak saya jelajah, iaitu Malays...